KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah hari ini bahawa dia tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low.
Jasmine Loo Ai Swan, 50, bagaimanapun mengesahkan bahawa Jho Low ada beberapa kali menyebut nama Zeti dengan mengatakan dia (Jho Low) akan "uruskan" (take care) Zeti dalam perkara-perkara yang berbangkit di bank pusat itu yang berkaitan dengan dana 1MDB.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan kes rasuah bekas perdana menteri itu membabitkan penyelewengan dana RM2.3 billion milik 1MDB.
Muhammad Shafee: Adakah anda sedar mengenai perbicaraan Tim Leissner (bekas pegawai bank Goldman Sachs) di Amerika, katanya semua boleh diluluskan dengan segera disebabkan hubungan Jho Low dengan Zeti.
Loo: Saya tidak tahu.
Muhammad Shafee sebelum ini mencadangkan Low mempunyai hubungan rapat dengan suami Zeti, Datuk Tawfiq Ayman memandangkan kedua-dua mereka pernah menuntut di pusat pengajian berprestij Wharton Business School di Amerika.
Peguam kanan itu malah mencadangkan Low pernah memasak pasta di rumah Zeti berhampiran Bukit Tunku pada hujung minggu, satu dakwaan yang dinafikan oleh Zeti semasa memberi keterangan dalam perbicaraan sama pada 15 Ogos tahun lepas.
Sementara itu mulai bulan ini Mahkamah Tinggi buat julung kalinya memutuskan perbicaraan kes 1MDB akan berlangsung pada beberapa hari Sabtu.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan 27 April, 4 dan 25 Mei, serta tambahan 1, 8, 15 Jun untuk mendengar kes itu.
Tarikh itu ditetapkan selepas pihak pendakwaan dan pembelaan tamat memeriksa Loo, yang memberi keterangan saksi sejak 13 Feb lepas.
Loo sepatutnya menjadi saksi terakhir dalam perbicaraan itu, namun boleh dipanggil semula untuk memberi keterangan sekiranya diperlukan.
Berikutan selesainya pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula terhadap Loo, ada beberapa saksi pendakwaan lain dalam senarai menunggu akan dipanggil semula untuk pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula iaitu Zeti, pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Ariffin, bekas pengarah 1MDB Tan Sri Ismee Ismail, serta bekas pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Sequerah bersambung 22 April.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Jasmine Loo (kiri) mengesahkan bahawa Jho Low (kanan) ada beberapa kali menyebut nama Zeti. - Gambar fail
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.